Sunday, April 18, 2010

is it pity or what?.......

hey, ok let's talk. 

alkisahnya begini. aku pergi ke giant untuk membeli keperluan dapur. sebenarnya aku hanya kuli. aku pembawa bakul dan orang suruhan ibuku. alah, seperti biasa. huh~ seperti biasa perangai ibuku yang tidak suka menyenaraikan keperluannya untuk membeli menyebabkan aku terpaksa berpusing mengekorinya sepanjang masa. penat! tapi tidak mengapa. aku dapat ganjarannya nanti. 

sebenarnya, aku baru sahaja pergi ke giant sebanyak tiga kali untuk tahun ini. haha.. aku katak bawah tempurung. hurm, siapa yang rajin pergi giant macam FATMA mesti anda perasaan ada seorang pekerja lelaki dimana tugasnya menimbang sayur atau segala yang datang dari pokok. kulitnya putih. bermisai dan berjanggut. muda lagi. kalau sekali pandang nampak seperti orang yang bermasalah kerana telinganya kelihatan seakan-akan ditindik. namun, itu tidak benar. ada tahi lalat di cuping telinganya. haha. mukanya bersih. jujur ya...... aku suka lihat mukanya. aku tak tahu kenapa mengapa dan bagaimana. semasa kali pertama aku melihatnya satu perkataan keluar dari mulutku. "WOW". ntahlah. aku rasa comel. tapi... ntahlah.. 

kali kedua aku datang ke giant. oh.. aku tak sempat nak jenguk dia. sian. kali ketiga aku ke sana aku nampak dia lagi. masa itu ibuku sibuk memlih roti, aku sebagai kuli hanya berdiri dan diam. tiba-tiba aku ternampak seseorang seakan-akan aku tahu. bila ku pandang betul-betul aku teringat. "oh.. mamat WOW". aku tanya kepada ibuku. "ma... tadi toge dah timbang? tuh? yang tuh? lada besa? dah timbang? hah! timun sekali. nak timbang tak?" ibuku dengan segera menyuruhku menimbang segala benda datang dari pokok itu. aku terus ke tempat kejadian "WOW" itu. semasa aku sampai, kedengaran seperti dia sedang bercakap. aku dengar. dengar. dan dengar. sumpah aku tak faham. aku hairan. dia normal atau istimewa?. jujur, aku tengok dia dengan ralik. tak berkelip mungkin. jantung aku bergerak laju. pelik. cepat-cepat aku beristighfar. astaga. ya Allah. kenapa aku berdebar??  aku dah mula rasa lain.... cepat-cepat aku angkat barang aku dan blah. aku tanya kepada ibuku." ma.. ma kan selalu pegi giant, mak penah denga tak abang penimbang sayo tu cakap? die ok tak?" ibuku kata mungkin lelaki itu istimewa. lidahnya pendek. bukan istimewa seteruk sindrom down tapi lembab pembelajaran. hah lebih kurang mugkin. 

aku rasa nak nangis. sedih sangat! tak tau kenapa. aku selalu TERjatuh hati kepada seseorang yang lemah seperti itu.. why?? mungkin sebab comel kot... ya.. aku rasa itu benar. aku rasa aku pernah TERjatuh hati kepada seseorang yang kakinya tempang. aku kenalnya di Serdang. UPM.. BSMM. sekolah teknik mungkin. ntahla.. dah lupa. hiiiii bodoh betul aku. haisy.. dugaan  

p/s buang masa saja baca.