hari pertama di bulan syawal.
cuaca dalam hati berbuak
lain belaka.
ada yang bahagia,
ada juga yang sebaliknya.
bercampur aduk.
tangisan mula mengalir keluar
dari mata.
dengar laungan takbir raya
hati gundah.
kepala pening.
tidak henti rasa serba salah,
suara berdosa mula mengilai di telinga
semuanya menjadi kabur.
tidak tahu hendak kemana.
harus kemana.
sesat ditengah jalan.
cuba untuk cari jalan pulang.
rasa kemaafan mula berlari hendak keluar.
tangan demi tangan disambut,
semata-mata demi memohon kemaafan,
dari hujung rambut
ke hujung kaki.
sekali lagi air mata mengalir deras keluar.
sujud syukur dilakukan kerana dengan inzin-Nya
masih lagi hingga kini bernyawa.
Alhamdulillah disebut berulang-ulang kali.
sekali lagi takbir raya berkumandang,
tidak lagi mengalir air mata
sebak cuma.
permulaan bagi yang baru
teladan bagi yang lepas.
bangkit dan bina yang baru.
semuanya mula dari 1 Syawal
cuaca dalam hati berbuak
lain belaka.
ada yang bahagia,
ada juga yang sebaliknya.
bercampur aduk.
tangisan mula mengalir keluar
dari mata.
dengar laungan takbir raya
hati gundah.
kepala pening.
tidak henti rasa serba salah,
suara berdosa mula mengilai di telinga
semuanya menjadi kabur.
tidak tahu hendak kemana.
harus kemana.
sesat ditengah jalan.
cuba untuk cari jalan pulang.
rasa kemaafan mula berlari hendak keluar.
tangan demi tangan disambut,
semata-mata demi memohon kemaafan,
dari hujung rambut
ke hujung kaki.
sekali lagi air mata mengalir deras keluar.
sujud syukur dilakukan kerana dengan inzin-Nya
masih lagi hingga kini bernyawa.
Alhamdulillah disebut berulang-ulang kali.
sekali lagi takbir raya berkumandang,
tidak lagi mengalir air mata
sebak cuma.
permulaan bagi yang baru
teladan bagi yang lepas.
bangkit dan bina yang baru.
semuanya mula dari 1 Syawal
selamat hari raya, maaf zahir dan batin
farahani jamlus