Saturday, April 18, 2009

boo!

ahaha! opening aku pada hari ini adalah satu gelak tawa daripada aku sendiri! ok, diam! baca saja. jangan banyak cakap. baca dalam hati kalau boleh. ape yang patut kalian bacakan? hah! tengok.



ok, agak lama jugak aku tak menaip dalam blog aku ni, rasa agak kerinduan jugak lah.. baiklah teruskan. aku kini menjalani kehidupan di asrama sudah pun, tiga bulan. wah, penat. tak mengapa aku kini sudah pun bahagia. lantaklah. teruskan lagi. kehidupan aku kini bercampur aduk dengan perasa pahit, manis dan masam. nape masam? kerana pada minggu yang lepas sekolah aku kekurangan air akibat daripada plumber yang tidak bertauliah! dan telah menyebabkan aku kurang mandi dan berbau masam. yah....

apa yang pahit? aku makan ubat senggugut yang terlalu pahit menyebabkan lidah aku terasa apa jua pahit. dan aku telah mengalami dilema dengan katil aku yang dikatakan berhantu. yah.. bongok punya mulut pembawa! tulah yang pahitnya. yang manis pula, aku telah menghabiskan air susu coklat 4 kota dalam masa seminggu setiap hari. wah~ sungguh ini. mungkin dalam masa seribu tahun lagi aku akan terkena kencing manis. hesh.. tak kesah! seribu tahun?? logika? hehe.

aku akan mengamalkan cara hidup yang sihat! yah! run! run! run! teruskan. aku digelar 'lampi' atas sebab aku sering terjatuh atas kerusi sendiri kerana terlupa ingin menarik kerusi kehadapan apabila hendak duduk. yah cuba bayangkan. aku tak kesah! aku kini bahagia! bahagia! bahagia! gila? jangan judge dulu!

hari ini aku kembali semula kesekolah lama. atas sebab aku teringin sangat nak berjumpa mereka. jumpa? pe'ah, iffa yang sudah 'bertahun' tidak jumpa. (satu sekola, satu asrama sekarang) arab, kheri! dan lain-lain. rindunya.. tapi, ada juga musibah. dalam hati aku. rasanya tidak perlulah aku memperjelaskan lagi. :) haha. itu mungkin satu petunjuk bahawa aku tak begitu bahagia..

maaf atas penyampaian aku yang kurang elok. ini hanya satu luahan yang ingin aku perkongsikan. terima kasih kerana sudi membacanya.