Sunday, January 11, 2009

semalaman di rumah fara

buat pertama kalinya aku tido di rumah orang sehingga demam. ya, sekarang ini aku demam. esok nak pegi sekolah ke tak? nak ke tak? nak ke tak? hesh... penat memikirkanye. dah lah demam! jap, sempat lagi buat blog. koya!!! ok-ok, sekarang ni memang ar semangat lagi nak menaip-naip blog blog nih sampai satu masa nanti... dush! hilang. sian. merapu..........

*kembali kepada tajuk

sebelum aku pegi tido di rumah fara, aku pegi Mega jap. tengok Bedtime stories. ok, kalo korang nak tanya best ke tidak, jawapannya, memang best siot! kalo korang tanye aku duduk kat sit mane, jawapannya tengah-tengah beb! pencahayaan yang sangat bagos. kalo korang tanye cite tu macam mane, jawapanya, macam gituh lah. tengok sendiri! tade duit? korek tabong! tade tabong? korek hidung. naseb kau lah. ahahaahahahahah! selok!

**sila kembali kepada tajuk

ok-ok, serius. lepas balek mega pegi EC mall pula. owh ya.. sebelum tu, aku pergi mega dan ec mall dengan fara, ain dan adda kuda! kitaorang pegi EC mall semata-mata ingin menjamu selera di Sushi King. sekali lagi, koya. mula-mula memang best! pastu, adalah seorang kanak-kanak comel Cina duduk sit belakang aku di dalam restoran tuh. mula-mula budak tu cuma gelak sebab selok tak pernah makan sushi. kot. memang bising. aku? tak kesah. tak apa. budak itu comel. selang beberapa minit kemudian, budak itu tarik tudung aku! argh! bukan itu sahaja, dia juga mencocok chopstick di kepala aku! tapi, yang pelik, aku tidak marah. cuma... aku takut! aku fobia dengan budak! yang pelik lagi, mak die boleh buat tak tahu! sekali berdouble kali. koya! ade satu perkataan yang terpendam dalam hati aku yang ingin aku tuju kan kepada budak itu, tapi, aku takot untuk cakap. cop! aku tak takut nak taip. 'bongok' itu lah dia. 'boooooooooongoooook' aku tak cakap. aku cuma taip saja. ^^

***sila kembali kepada tajuk anda.

yelah-yelah! ok-ok, nak kembali pada tajuk lah ni. selepas pulang dari EC mall aku pulang ke rumah fara dulu. lepak. aku berfoto dulu. macam-macam gaya. tak mengapa. apa pun gayanya, adda tetap hot. bukan macam aku. selenge. tape, i redha. lepas tu, fara kami bercadang untuk bermalam di rumah fara. atas sebab ingin berfoto.


hasilnya ya... koya.

selang beberapa jam kemudian, aku tiba di rumah fara bersama ain. kami terus naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik fara. tapi, kami tidak berfoto hanya bergosip. :) ya.. hobi wanita. pada mulanya seronok, kemudian boring. aku on myspace. aku baca blog orang. aku kutuk komen orang. aku tido. yang lain? sama saja. keesokan harinya, aku pulang. petang. balik rumah. aku on myspace. aku baca blog orang. aku kutuk komen orang. aku demam. sekali bertriple kali, k-o-y-a. aku, memang poyo. tape, i redha.

-tamat-