Friday, January 16, 2009

anak dara sunti

yah, aku anak dara sunti. bangga.

pada aku, aku amat bangga dengan panggilan anak dara sunti, ini menunjukan bahawa, aku masih lagi suci! bangga. bagi aku, kesucian anak gadis amatlah penting dan perlu dijaga. hal ini kerana, anak gadis suci merupakan simbol kesucian anak melayu. pada aku juga, anak gadis yang mana tidak menjaga kesuciannya merupakan betina. bukan lagi perempuan. mereka sepatutnya malu. tapi, aku plak yang terover dos malu kerena mereka. mungkin di mata lelaki itu hanya tabiat buruk namun bukan bagi aku. kerana betina-betina ini lah anak gadis yang masih suci di pandang rendah dan hilang kesuciannya. rasa hormat lelaki terhadap perempuan juga turun dengan mendadak. hesh, apa ke halnya?

sebagai contoh tabiat betina, memakai pakaian jarang. walaupun bukan aku yang memakai pakaian jarang tersebut namun, kaum Adam masih lagi mampu untuk memikirkan atau mengimaginasikan perkara tersebut terhadap anak gadis suci yang lain yang mana mereka punya suka nak bayangkan. contohnya, aku! tidak ke malu tu? ya Allah. kepentingan anak gadis menjaga kesuciannya amatlah penting. dengan menjaga kesucian, kita dapat mengurangkan pelbagai masalah sosial. sebagai contoh, raba! pada si betina yang ingin di raba tolong jangan libatkan anak gadis yang masih lagi suci dan ingin menjaga kesuciannya.

kepada semua anak dara sunti diluar sana, jagalah kesucian anda!